Seorang lelaki telah gagal
menguruskan hutangnya apabila perniagaannya bermasalah. Hari-hari pengutip
hutang mencarinya sama ada di pejabat mahupun di rumah. Keadaan menjadi lebih
parah apabila isterinya minta diceraikan kerana tidak sanggup tinggal dalam keadaan
tertekan sebegitu.
Sewaktu senang dulu, dia
disibukkan dengan urusan bisnes. Urusan rumah tangga diserahkan bulat-bulat
kepada isterinya. Emak dan ayah di kampung pula jarang sekali ditanyakan khabar
mereka apatah lagi pulang ke kampung menjenguk mereka.
Dia malu nak pulang ke kampung
menghadap emak dan ayahnya. Kawan-kawan yang sama-sama bersukaria dulu pula
hilang entah ke mana. Hasrat isterinya ditunaikan dengan talak 1.
Dia berusaha pelbagai cara bagi
melunaskan hutang-hutangnya tetapi semuanya menemui jalan buntu. Dalam
keputus-asaan dia nekad membunuh diri. Ketika mahu menggantungkan diri, azan
berkumandang dan menyedarkan dirinya. Dia turun dari kerusi dan mengambil wuduk
untuk solat. Selepas seketika itu dia mendengar pula ceramah agama dari masjid
berdekatan rumahnya itu yang kebetulannya sedang berbicara tentang cara
mengatasi kesusahan.
Keesokkannya dia pergi ketemu
ustaz untuk mendapatkan pandangan ustaz apa lagi yang dia harus lakukan untuk
menyelesaikan masalah hutangnya itu. Ustaz kata periksa semula hubungan dia
dengan Allah, hubungan dia dengan ibu bapa dan hubungan dia dengan orang lain.
Mohon ampun pada Allah dan mohon maaf pada mereka yang telah dia berbuat salah.
Dia datang lagi bertemu ustaz.
Dia kata sudah macam-macam perkara dia lakukan. Antaranya, dia sudah memohon
taubat pada Allah dan meminta maaf pada orang-orang yang telah dia berbuat
salah.
Lalu ustaz itu berkata,
bersedekahlah. Dia terkesima.
Bagaimana mahu bersedekah
sedangkan duitnya sahaja cukup-cukup untuk dirinya? Itulah yang terdetik di
hatinya ketika itu.
Setelah berfikir, dia mencari
orang yang susah, bertemu pengurusan sekolah pondok dan anak yatim yang
memerlukan. Dia panggil mereka ke rumahnya dan menyedekahkan barang-barang
rumahnya yang pernah menjadi simbol kesombongan dia. Dia rasa puas walaupun
rumahnya hampir kosong. Hari-hari dia menjaga ibadat dan bersedekah dari segi
kudrat, dan apa sahaja yang mampu menyenangkan orang lain.
Dia menemui ketenangan apabila
melakukan semua itu meskipun masalahnya belum diselesaikan. Dia bersangka baik
pada Allah dan tidak berhenti berdoa. Antaranya doa yang diajarkan Nabi
shollallahu ’alaih wa sallam kepada sahabatnya, Abu Umamah radhiyallahu ’anhu :
اللَّهُمَّ
إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ
الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ لدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ لدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Bermaksud:
“Ya Allah, sesungguhnya aku
berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau
dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan
aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan
manusia.”
Pada satu hari, kawan lamanya
mencari dia. Dia tidak lagi lari atau menyorokkan diri seperti sebelum ini. Dia
sambut kawannya itu dengan senyuman dan mengajak masuk ke rumah. Di dalam
rumah, kawannya melihat hanya barang keperluan asas sahaja yang ada. Dia masih
tersenyum.
Kawannya itu seorang usahawan
berjaya mahu menyatakan hajat bertemu dia. Kawannya itu memerlukan khidmat
kepakaran dia menguruskan bersama satu projek bandar baru. Dia menolak kerana
risau tidak dapat beri komitmen kerana masalah hutangnya itu. Tetapi jika
kawannya itu boleh membantu masalah dia, dia mahu bekerjasama.
Kawannya itu tidak ragu-ragu dan
memberikan dia cek. Kawannya berkata:
“Ambil cek ini. Gunalah
pendahuluan 3 bulan bayaran khidmat kepakaran kamu ini untuk selesaikan masalah
hutang itu.”
Lagi sekali dia terkesima dan
kali ini disusuli sujud syukur dan air mata. Hanya “terima kasih Ya Allah…
alhamdulillah” diucap berulang-ulang kali dari mulutnya.
Manusia tidak jemu memohon
kebaikan dan jika mereka ditimpa malapetaka, dia menjadi putus asa dari
berusaha.
Janganlah kita berputus asa dari
rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum
yang kafir.
Melalui surah al-Baqarah ayat 280
yang bermaksud “Dan jika (Orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka
berilah tangguh sampai dia berkelapangan, dan menyedekahkan (sebahagian atau
semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”
Mungkin ramai yang berasa berat
hati untuk bersedekah ketika waktu susah kerana memikirkan ketidakcukupan yang
akan berlaku apabila bersedekah. Namun, jika kita benar-benar yakin dengan
rahmat dan kuasa Allah, pasti kita berasa ringan melakukannya.
Sewaktu bersedekah itu, niatkan
di dalam hati pemberian itu sedekah dan memohon kepada Allah untuk membantu dan
memudahkan hal melunaskan hutang-hutang kita.
Sumber : thevocket.com

Semoga Sobat hari ini lebih baik dari kemarin, jika ada yang ingin ditanyakan terkait program RZ Cilegon, silahkan isikan komentar dibawah ini
EmoticonEmoticon